r January 2011 ~ Sek Men Agama Nilai

Friday, January 28, 2011

Minit curai minggu 1-2

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI
71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT CURAI

NAMA                                    :Siti Suria Bahrudin
KURSUS/ TAKLIMAT         :Mesyuarat Pengurusan Kali Ke-2/2011
TARIKH/MASA                    :21hb Januari 2011 (8.30 pg)
Perkara yang dibincangkan:

1.      Pengurusan sistem fail/dokumen Kurikulum, Ko-kurikulum, & HEM
2.      Merancang mesyuarat-mesyuarat (Mesyuarat PSS, Mesyuarat Panitia & Mesyuarat Guru Kelas) bagi membincangkan tentang bidang tugas guru-guru
3.      Penguatkuasaan parking di sekolah
4.      Keselamatan di sekitar sekolah
5.      Merancang program bersama PIBG dan penduduk kampong untuk mengeratkan hubungan pihak sekolah dan orang luar.


Tindakan pihak sekolah:
1.      Semua fail dan dokumen yang berkaitan dengan Kurikulum, HEM & Kokurikulum perlu dilengkapkan sebelum pemantauan dibuat oleh JPNS/ SPI
- Agihan tugas melengkapkan fail dan dokumen akan dibuat oleh Pn. Rashidah
- Pihak sekolah akan menjemput wakil JPNS untuk memberikan LDP mengenai
  pengurusan sistem fail kepada semua guru.
- Semua fail akan ditempatkan di bilik ketua bidang untuk sementara waktu
2.      Mesyuarat induk akan dibuat pada 24hb Januari 2011 jam 3.30 petang. Semua guru akan terlibat dalam mesyuarat ini
3.      Mesyuarat panitia akan dirancang bagi membincangkan tentang tugas dan perancangan strategik
4.      Mesyuarat pengurusan akan diadakan sekali seminggu (Jumaat-8.30 pagi). Seorang guru panitia dijemput hadir untuk menyertai mesyuarat pengurusan dan diminta untuk membuat sedikit laporan mengenai perancangan strategik/masalah-masalah yang berkaitan. Jadual penglibatan guru panitia dalam mesyuarat pengurusan akan dikeluarkan oleh Pn. Siti Suria
5.      Mesyuarat guru kelas akan diadakan bagi membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan kelas dan mesyuarat ini akan dikendalikan oleh GPK HEM . Tarikh akan dimaklumkan kemudian
6.      Taklimat ringkas akan dibuat setiap hari Jumaat jam 12.00 tghr oleh Pengetua/wakil pengetua.
7.      Penggunaan garaj kereta (parking) akan dikuatkuasakan pada Isnin 24hb Januari 2011
8.      Label “Awas” akan dipasang di tempat-tempat tertentu bagi tujuan keselamatan
9.      Program bersama penduduk kampung akan dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah dengan orang luar.



Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh:


.....................................                                                           ..........................................    
(                                               )                                               (En. Mohd Jamil bin Othman)























SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI
71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT CURAI

NAMA                                    :_________________________________________________
KURSUS/ TAKLIMAT         :Mesyuarat Pengurusan Kali ke-3
TARIKH/MASA                    :28hb Januari 2011
Perkara yang dibincangkan:
Agenda Mesyuarat:
1.      Membentangkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit
2.      Sukan Tahunan 2011
3.      Gotong Royong Perdana
4.      Kempen 5S
5.      Pembentangan laporan/masalah dari Panitia Bahasa Arab
6.      Hal-hal lain


Tindakan pihak sekolah:
1.      Perkara berbangkit rentetan dari mesyuarat kali pertama
1.1. Pn. Siti Khadijah akan dilantik menjadi setiausaha HEM
1.2 Banner ucapan tahniah kepada pelajar dan guru-guru akan dibuat dan digantung di luar sekolah
1.3 Program Skor A akan dilaksanakan. Guru-guru dikehendaki membawa pelajar ke cyber cafe pada hujung minggu untuk melaksanakan program ini. Giliran penglibatan guru akan dimaklumkan kemudian. Token juga akan diberi kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan.
2.      Sukan Tahunan sekolah akan dibuat pada 4hb April 2011. Mesyuarat Sukan Tahunan akan dibuat untuk membincangkan perkara ini. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
3.      Gotong- royong akan dibuat pada hari sabtu sekolah ganti (tarikh akan dimaklumkan kemudian). P & P akan dijalankan sebelum gotong-royong dilaksanakan.
4.      Kempen 5S akan dijalankan selepas cuti tahun baru cina bagi memantapkan sahsiah pelajar. Guru persatuan Bahasa akan terlibat untuk melaksanakan kempen ini
5.      Panitia Bahasa Arab membentangkan target subjek Bahasa Arab untuk tahun 2011 iaitu lulus 100%.
- Oleh yang demikian program-program Bahasa Arab akan digiatkan lagi seperti mengadakan kelas intensif, kelas tuisyen dan kelas pemulihan pada semester pertama
6.      GPK HEM membentang laporan mengenai disiplin pelajar
- Ramai pelajar asrama lelaki melanggar peraturan seperti membawa rokok dan hanset. Oleh itu warden lelaki perlu dilantik segera
- GPK HEM juga ingin mengingatkan guru-guru supaya berhati-hati ketika mendenda murid.
- Perlaksanaan hukuman rotan perlu mengikut prosedur
7.      . Pn. Inen akan mengunci semua bilik-bilik khas pada jam 4.30. Guru-guru yang balik lewat diingatkan supaya mengunci bilik guru sebelum pulang ke rumah.
8.      Guru-guru tingkatan diingatkan supaya melengkapkan borang selidik kerja rumah pelajar
9.      Mesyuarat Kurikulum akan dilaksanakan pada 7hb Februari 2011 untuk membincangkan tentang PCG matapelajaran
10.  Guru panitia diingatkan supaya membeli buku kerja dengan segera bagi membolehkan pelajar membuatnya pada waktu relief.
11.  Guru-guru yang membuat aktiviti pada hujung minggu diminta untuk memaklumkan kepada pengetua dengan meminta tandatangan pengetua
12.  Kursus kepimpinan Pelajar akan dibuat pada 11 – 12 Februari 2011. Agihan tugas akan diberi oleh Pn. Siti Suria
13.  Program Mentor-Mentee akan bermula selepas cuti tahun baru cina. Perjumpaan kali pertama adalah pada 11 Februari 2011. Pembahagian mentee dan modul akan diberi oleh kaunselor selepas cuti.



Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh:

.....................................                                                           ..........................................    
(                                               )                                               (En. Mohd Jamil bin Othman)

Thursday, January 27, 2011

LDP 2 Blog Silibus : Link

  • Belajar tentang cara-cara membuat link di blog.
  • Linkkan perkataan dengan laman web
  • Linkkan gambar dengan laman web
  • Linkkan file attachment dari upload file view
  • pendekkan URL laman web yg panjang berjela menjadi pendek - guna http://bit.ly/ . Jadikan ia sebagai link baru.
  • linkkan bahan yang dicipta ke SMAN GROUP FB utk sama2 melihat hasil yang menakjubkan.
  • linkkan database ZOHO untuk menjadikan paparan di Entry blog anda.
Hai... cantik ke idak laman web tu nanti.... hehehehe

LDP 1 Blog : Silibus Print Screen

Pengenalan

Ceritakan serba sedikit tentang hal key board, function2 yg terdapat pada key board:
cth
  • butang LCD,
  • Num Lock,
  • Insert,
  • Home,
  • End,
  • Page Up,
  • Page Dn,
  • ctrl + V,
  • ctrl + S,
  • ctrl + A
  • Ctrl + P,
  • F5,
  • Esc
  • lain-lain.

Lepas tu, bagi can cikgu2 mengenali key board. try and error kat mana-mana fail, word atau excel, atau kalau canggih untuk pelajar2 pintar ni, buat ler dua2 sekali....

Sesi Print Screen sepenuhnya....

1. Tunjuk kegunaan Prnt Scrn
2. Apply kat msWord
3. Belajar Crop sikit
4. Besar kan gambar
5. Dah edit, copy dan paste di Program Paint - tunjukkan cara nak cari program tersebut.
6. Lastly, Save dalam Folder. Cerita sikit tentang Folder, Nak create macamana, Apa tujuannya.

Buat 2-3 gambar lagi, tapi dari sumber yang lain, Internet ker, katalah gambar kita sendiri, tapi nak crop bagi nampak mata kita jer, jadikan lagi besar gambar dan copy and paste dalam Program Paint, dan save dlm bmp atau JPG. Cerita lah serba sikit tentang beza bmp dan JPEG.

Aplikasinya di Blog

1. Gambar2 tu di insertkan dalam satu Entry laman blog SMAN.
2. Reka sikit-sikit ayat berkaitan gambar tersebut.
3. Dah siap klik PUBLISH.
4. Akhirnya terciptalah satu Entry dalam blog di SMAN.

Tahniah... anda berjaya....

Untuk Pelajar Pintar.

Sediakan satu entry berkaitan dengan Subjek masing-masing.
Contohnya sediakan carta organisasi panitia dgn gambar guru masing2
Dah siap klik Publish di Blog SMAN
Untuk memudahkan saya untuk linkkan pada laman web sekolah.

Surau : Apa rancangannya ni?

Plan surau.


Gambar bilik sembahyang (L)
Ruang kelas diambil untuk dijadikan surau lelaki


Tempat berwuduk (L)



Gambar bilik sembahyang (P)


Tapak Surau

lihat Pelan Surau sepenuhnya.

  • Untuk ehsan peribadi sila bank-in di Public Bank atas nama Surau SMAN, No akaun 3106018434.
  • Sesungguhnya setiap satu kebajikan diganda-gandakan nilainya mengikut keikhlasannya.


e-Pelaporan

 


Bermula Januari 2011, Unit HEM, PPD Seremban telah mengarahkan data berikut dihantar melalui e-Pelaporan

(setiap bulan sebulan 5hb)
  • Laporan Kantin
  • Aedes
  • Data salahlaku Disiplin Laporan tandas
  • Laporan keselamatan
  • e-Ponteng
Setelah isi, Klik <disahkan> oleh Pengetua
Print Out untuk simpanan fail HEM
Baru klik <SEND>

Untuk dapatkan fail data klik pada <Muat Turun>
Pilihlah maklumat yang berkenaan.




Medan Upload File SMAN

  • Sebaik-baiknya kita simpan fail kita dalam bentuk zipped file.

  • Lihat bina zipped fle.


  • Anda akan lihat masa upload atau download kita lebih pantas.


  • Lihat buka zipped fail setelah download bahan.


  • Untuk lihat file, click butang Refresh





  • PROSES PENGELOLA PERTANDINGAN KOKO TAHUN 2011

    PROSES PENGELOLAAN

    1-     Lantikan AJK peringkat Sekolah.
    1
    Pengetua/Guru Besar
    Pengerusi
    2
    GPH Koko/Korikulum/HEM
    Naib Pengerusi
    3
    Ketua Bidang/Ketua Panitia
    Setiausaha
    4
    Bendahari
    Bendahari PIBG

    AJK  lain boleh dilantik dikalangan guru




     2-     Persiapan sebelum mesyuarat pengurus pasukan.
    1
    Lantikan AJK  dalaman
    2
    Kertas kerja / Kos pengelolaan(mesy.pengurus pasukan hingga penutup)
    3
    Memohon Surat mengadakan mesyuarat pengurus pasukan-tarikh/tempat/masa
    4
    Mengedar surat mesy. Ke sekolah/pegawai teknikal  daerah .
    5
    Menyediakan syarat pertandingan(sila rujuk pegawai teknikal)



    3-    Mesyuarat pengurus pasukan(Pengerusi/Pegawai Teknikal akan menjalankan mesyuarat).
    1
    Membentangkan syarat pertandingan
    2
    Membentangkan kos pertandingan-(kos bahagi bilangan  penyertaan=yuran penyertaan)
    3
    Memastikan keperluan pasukan disediakan
    4
    Piala Pusingan(jika ada)- Johan tahun lalu sila pulangkan
    5
    Ambil perhatian jika ada perkara berbangkit
    6
    Semua bayaran penyertaan atas nama  :-
                 Pengetua/Guru Besar Pengelola





     4-        Sebelum hari pertandingan.
    1
    Memohon dari PPDS  :    1- Surat Jemputan Pertandingan ke sekolah.
                                                     (Yuran Penyertaan/tarikh/tempat/masa)
                                                2- Surat Jemputan Tuan PPD/Pengetua/Guru Besar/Hakim/Peg.Tek
           (mengedar surat-fax ke sekolah yang telah mengesahkan penyertaan)          
    2
    Menyediakan tempat pertandingan/peralatan/Bilik(JP)/jamuan penutup
    3
    Mengambil(PPDS)  dan mencetak sijil Pertandingan( sekolah Pengelola)
    4
    Memohon bantuan kewangan(jamuan/hadiah) dari  PPDS(jika PPDS berkemampuan)



    5-        Semasa pertandingan.
    1
    Memastikan pentandingan berjalan dengan lancar
    2
    Memastikan semua Hakim dan Pegawai Teknikal hadir
    3
    Digalakkan pelajar tuan rumah menyaksikan pertandingan(aktiviti ilmu)
    4
    Memastikan kesusaian tempat pertandingan

         

    6-        Selepas pertandingan
                   
    1
    Menghantar laporan pengelolaan ke PPDS
    2
    Sebagai ketua kontijen daerah -menyediakan pasukan daerah ke peringkat negeri
    3
    Mengurus segala bayaran pengelolaan
    4
    Menyimpan file pengelolaan untuk diguna pada tahun hadapan




    Ko-Kurikulum - Pidato tunda

    Ruj Kami         : PPDS.03/03/002/01(   )
                                                                            Tarikh              : 24 Januari 2011

    Pengetua
    Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Seremban.


    Tuan/Puan,

    MESYUARAT PENYELARASAN  PERTANDINGAN PIDATO ‘RAJA KITA’  SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DIPERTUAN BESAR
     NEGERI SEMBILAN.

    Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

    2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penyelarasan pertandingan telah dipinda seperti  ketetapan di bawah;

                Tarikh            :  9 Febuari 2011
                Tempat           :  Dewan Kuliah
                                           SMK Tunku Ampuan Durah
                Masa               :  2.00 petang
                                                             
    3.          Sehubungan itu, diharapkan pihak tuan dapat membenarkan pengurus peserta dan pegawai teknikal seperti nama yang dilampirkan hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan  sila berhubung En.Zaimy Hj Mohd Noor , Pen. Pegawai Pelajaran Daerah  (Ko-Akademik) .

    Kerjasama tuan amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.
                                                                                       


    ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

    Saya yang menurut perintah,

    (MUSA BIN ABDULLAH)
     Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
     Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Maklumat LDP

    PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KEMENTERIAN PELAJARAN  MALAYSIA PADA TAHUN 2011

    Adalah dengan hormatnya dimaklumkan, saya telah diarah untuk menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

    2.         Melalui surat siaran bil KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20hb Disember 2010 dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan peruntukan untuk latihan dalam perkhidmatan di KPM adalah terhad bagi tahun 2011. (Sila lihat lampiran)

    3.         Sehubungan dengan itu, langkah alternatif untuk memenuhi keperluan 7 hari kursus setahun selain Kaedah Blended Training Approach (sesi perkongsian ilmu, Executive Talk, program pementoran dan sebagainya yang boleh dikira dengan enam jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus)  ialah melalui pembacaan buku.

    4.         Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan adalah mengikut kumpulan kategori pegawai seperti berikut:-

    1. Pengurusan Tertingi/JUSA – Pembentangan ke atas pembacaan buku (10 -15 min) dan penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan. Sinopsis perlu diedarkan semasa pembentangan.
    2. Pengurusan & Profesional (Gred 41 – 54) - Penulisan sinposis adalah diwajibkan tanpa pembentangan.
    3. Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17- 40) - Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan.
    4. Kumpulan Sokongan 2 ( Gred 16 ke bawah) – Pembentangan ke atas pembacaan buku/pengalaman kerja( 10 -15 min) adalah diwajibkan tanpa penulisan sinopsis buku.

    5.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta  memaklumkan perkara di atas kepada SU LDP sekolah tuan untuk tindakan selanjutnya.

    Sekian, terima kasih.
                                       
    ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

    Saya yang menurut perintah,

    (MUSA BIN ABDULLAH)
     Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
     Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

     
    Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates