r April 2011 ~ Sek Men Agama Nilai

Thursday, April 28, 2011

Ceramah Ust Najib

28.4.2011 (Khamis)  Hari ini merupakan majlis perpisahan Ust Najib sbg pelatih USIM yang memilih sekolah sebagai bidang dakwah. Sedap ceramah yang disampaikan oleh ust Najib. Masing-masing khusyuk dan tawadduk mendengar apa yang disyarahkan. Cerita-cerita tentang malaikat. Cerita-cerita tentang umat manusia akhir zaman. Cerita tentang bidadari. Ah! seronok sekali mendengarnya. Kalaulah Ust. Najib menjadi guru, mesti seronok anak muridnya nanti.


Terimalah cenderhati dari pihak sekolah . Ust Najib sedang memberi ceramahnya....                         

Sepak Takraw - Tempat ke-tiga

27.4.2011 (Rabu) Pertandingan sepak takraw peringkat MSSD Seremban 1 bawah 15 tahun sekolah kita mendapat tempat ke-tiga. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing takraw- Ust. Nabawi dan Cikgu Wook@Shahira. Majulah sukan untuk negara.

Wednesday, April 27, 2011

Latihan Pertahanan Diri

27.4.2011 (Rabu)  Hari ini adalah latihan pertahanan diri. Pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 ke USIM atas tiket lawatan ke Fakulti PQS. Terdapat pelajar yang membuat latihan kawad kaki untuk persediaan hari esok. Untuk makluman semua, esok hari merupakan pertandingan kawad kaki NGO.

Baki pelajar yang lain membuat latihan pertahanan diri iaitu Taekwan-do. Pelajar-pelajar kelihatan bersungguh membuat latihan tersebut.

SUMUR

23.4.2011 (Jumaat)  Program Sumur telah dilaksanakan buat kali pertamanya. Pelajar-pelajar diagihkan kepada guru-guru (Murabbi). Topik pertama yang disentuh adalah hormat-menghormati. Semoga perlaksanaan SUMUR ini mencapai target yang diimpikan.

Ust Najah dengan ahli usrahnya.

Thursday, April 21, 2011

Choral Speaking 2011

20.4.2011 (Rabu) Pertandingan choral speaking telah dilaksanakan dengan jayanya di SMK Mantin di bawah bimbingan Cik Nadiah dan Pn Azlina. Walau tidak berjaya mendapat tempat, mereka menunjukkan kesungguhan dalam pertandingan tersebut.





Bengkel Matematik 1

20.4.2010 (Rabu) Panitia Matematik telah menganjurkan bengkel Matematik kali pertama untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pada jam 2.30 hingga 4.30. Diucapkan terima kasih kepada Pn Aini kerana memberi tip-tip yang penting untuk mereka.
Pn Aini Haziah binti Amirullah merupakan guru cemerlang dari SASER.

Wednesday, April 20, 2011

Kempen Anti Dadah

18.4.2011 (Isnin) - Perasmian minggu Anti Dadah telah dilangsungkan pada perhimpunan pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Basharudin, Pengarah AADK Negeri Sembilan.


.
Pelajar-pelajar dan guru dialu-alukan ke sudut anti-dadah di bawah tangga.


Sudut bacaan anti-dadah



Barisan guru-guru SMAN yang berkaki lebar (Berkaliber)

Tuesday, April 19, 2011

Eksplorasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Eksplorasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah berlangsung pada hari Jumaat (15 April 2011) di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab dan Panitia Bahasa Inggeris. Program telah dilaksanakan dengan jayanya atas pengurusan Cik Nadiah Binti Mohd Abdah dan guru praktikal dari USIM. Juga tidak dilupakan kepada urusetia, guru-guru yang menjadi mercu tanda eksplorasi.

Saturday, April 16, 2011

April di SMAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum.

Bulan April ini sangat sibuk dan padat dengan aktiviti di sekolah. Alhamdulillah. Pesta Pantun Peringkat Daerah Seremban 1 yang dikelolakan oleh SMAN telah selamat berjalan dengan jayanya. Ianya merupakan satu kebanggaan bagi pihak sekolah kerana sekolah kami yang kecil dan serba kekurangan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain masih mampu menjayakan pertandingan yang besar ini. Tahniah buat semua warga SMAN dan syukur ke hadrat Ilahi di atas pertolongan-Nya. Beberapa pertandingan peringkat daerah juga telah disertai oleh pelajar-pelajar SMAN seperti Badminton, Bola Jaring dan sebagainya.

Pada 15 April 2011 juga telah dijalankan program ‘Mughomarah Lughowiyah (Explore Race)’. Hasil kerjasama guru-guru praktikal USIM dan UPSI dengan Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Panitia Geografi. Turut membantu guru-guru praktikal UPM dan guru-guru SMAN sendiri. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana Allah S.W.T sentiasa membantu dan merahmati usaha kami dalam menjayakan program ini walaupun terdapat pelbagai kesulitan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang merangkanya. Semoga para peserta yang terlibat mendapat dan mempelajari sesuatu daripada program ‘Mughomarah Lughowiyyah’ ini.

Selain itu, ‘English Workshop’ juga telah dijalankan di SMAN pada hari yang sama, 15 April 2011. Satu bengkel yang sangat menarik dan bermanfaat buat pelajar-pelajar SMAN. Peluang untuk berinteraksi dan mempelajari ilmu baru dari dua orang guru (native speaker) daripada Nilai International School merupakan satu peluang keemasan. Terima kasih kepada pihak PIBG yang sering perihatin kepada kehendak pelajar SMAN.

Aktiviti seterusnya pula ialah Pertanding Choral Speaking Peringkat Daerah Seremban 1 yang akan diadakan di SMK Mantin pada 20 April 2011. Masa agak suntuk untuk menjalankan latihan tetapi saya yakin para pelajar saya mampu melakukannya. Insha Allah. Allah S.W.T akan sentiasa bersama dan membantu kita semua.

30 April 2011 pula merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2010. Banyak perkara yang perlu dirancangkan. Insha Allah guru-guru SMAN mampu menjayakan hari anugerah ini seperti tahun-tahun yang sudah.

Semoga Allah S.W.T akan sentiasa merahmati usaha pihak SMAN hendaknya.

Wassalam.

Thursday, April 14, 2011

Tutorial 1 : Carta Organisasi Panitia (Print Screen)

Nota: Letakkan gambar di carta organisasi masing-masing. Sebagai contoh :

Carta organisasi Panitia Matematik


Pengetua
En. Mohamad Jamil Bin Othman

PK1
Pn Rashidah Binti Jailani
Ketua Panitia
Pn Wook @ Shahira Binti Chik
Ahli Panitia


Cik Kharul Adawiah Binti Abdul Jalil  


Pn Siti Aminah Ngan Binti Abdullah 

Pn Siti Khadijah Binti Daud

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates