r Minit curai minggu 1-2 ~ Sek Men Agama Nilai

Friday, January 28, 2011

Minit curai minggu 1-2

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI
71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT CURAI

NAMA                                    :Siti Suria Bahrudin
KURSUS/ TAKLIMAT         :Mesyuarat Pengurusan Kali Ke-2/2011
TARIKH/MASA                    :21hb Januari 2011 (8.30 pg)
Perkara yang dibincangkan:

1.      Pengurusan sistem fail/dokumen Kurikulum, Ko-kurikulum, & HEM
2.      Merancang mesyuarat-mesyuarat (Mesyuarat PSS, Mesyuarat Panitia & Mesyuarat Guru Kelas) bagi membincangkan tentang bidang tugas guru-guru
3.      Penguatkuasaan parking di sekolah
4.      Keselamatan di sekitar sekolah
5.      Merancang program bersama PIBG dan penduduk kampong untuk mengeratkan hubungan pihak sekolah dan orang luar.


Tindakan pihak sekolah:
1.      Semua fail dan dokumen yang berkaitan dengan Kurikulum, HEM & Kokurikulum perlu dilengkapkan sebelum pemantauan dibuat oleh JPNS/ SPI
- Agihan tugas melengkapkan fail dan dokumen akan dibuat oleh Pn. Rashidah
- Pihak sekolah akan menjemput wakil JPNS untuk memberikan LDP mengenai
  pengurusan sistem fail kepada semua guru.
- Semua fail akan ditempatkan di bilik ketua bidang untuk sementara waktu
2.      Mesyuarat induk akan dibuat pada 24hb Januari 2011 jam 3.30 petang. Semua guru akan terlibat dalam mesyuarat ini
3.      Mesyuarat panitia akan dirancang bagi membincangkan tentang tugas dan perancangan strategik
4.      Mesyuarat pengurusan akan diadakan sekali seminggu (Jumaat-8.30 pagi). Seorang guru panitia dijemput hadir untuk menyertai mesyuarat pengurusan dan diminta untuk membuat sedikit laporan mengenai perancangan strategik/masalah-masalah yang berkaitan. Jadual penglibatan guru panitia dalam mesyuarat pengurusan akan dikeluarkan oleh Pn. Siti Suria
5.      Mesyuarat guru kelas akan diadakan bagi membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan kelas dan mesyuarat ini akan dikendalikan oleh GPK HEM . Tarikh akan dimaklumkan kemudian
6.      Taklimat ringkas akan dibuat setiap hari Jumaat jam 12.00 tghr oleh Pengetua/wakil pengetua.
7.      Penggunaan garaj kereta (parking) akan dikuatkuasakan pada Isnin 24hb Januari 2011
8.      Label “Awas” akan dipasang di tempat-tempat tertentu bagi tujuan keselamatan
9.      Program bersama penduduk kampung akan dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah dengan orang luar.



Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh:


.....................................                                                           ..........................................    
(                                               )                                               (En. Mohd Jamil bin Othman)























SEKOLAH MENENGAH AGAMA NILAI
71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT CURAI

NAMA                                    :_________________________________________________
KURSUS/ TAKLIMAT         :Mesyuarat Pengurusan Kali ke-3
TARIKH/MASA                    :28hb Januari 2011
Perkara yang dibincangkan:
Agenda Mesyuarat:
1.      Membentangkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit
2.      Sukan Tahunan 2011
3.      Gotong Royong Perdana
4.      Kempen 5S
5.      Pembentangan laporan/masalah dari Panitia Bahasa Arab
6.      Hal-hal lain


Tindakan pihak sekolah:
1.      Perkara berbangkit rentetan dari mesyuarat kali pertama
1.1. Pn. Siti Khadijah akan dilantik menjadi setiausaha HEM
1.2 Banner ucapan tahniah kepada pelajar dan guru-guru akan dibuat dan digantung di luar sekolah
1.3 Program Skor A akan dilaksanakan. Guru-guru dikehendaki membawa pelajar ke cyber cafe pada hujung minggu untuk melaksanakan program ini. Giliran penglibatan guru akan dimaklumkan kemudian. Token juga akan diberi kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan.
2.      Sukan Tahunan sekolah akan dibuat pada 4hb April 2011. Mesyuarat Sukan Tahunan akan dibuat untuk membincangkan perkara ini. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
3.      Gotong- royong akan dibuat pada hari sabtu sekolah ganti (tarikh akan dimaklumkan kemudian). P & P akan dijalankan sebelum gotong-royong dilaksanakan.
4.      Kempen 5S akan dijalankan selepas cuti tahun baru cina bagi memantapkan sahsiah pelajar. Guru persatuan Bahasa akan terlibat untuk melaksanakan kempen ini
5.      Panitia Bahasa Arab membentangkan target subjek Bahasa Arab untuk tahun 2011 iaitu lulus 100%.
- Oleh yang demikian program-program Bahasa Arab akan digiatkan lagi seperti mengadakan kelas intensif, kelas tuisyen dan kelas pemulihan pada semester pertama
6.      GPK HEM membentang laporan mengenai disiplin pelajar
- Ramai pelajar asrama lelaki melanggar peraturan seperti membawa rokok dan hanset. Oleh itu warden lelaki perlu dilantik segera
- GPK HEM juga ingin mengingatkan guru-guru supaya berhati-hati ketika mendenda murid.
- Perlaksanaan hukuman rotan perlu mengikut prosedur
7.      . Pn. Inen akan mengunci semua bilik-bilik khas pada jam 4.30. Guru-guru yang balik lewat diingatkan supaya mengunci bilik guru sebelum pulang ke rumah.
8.      Guru-guru tingkatan diingatkan supaya melengkapkan borang selidik kerja rumah pelajar
9.      Mesyuarat Kurikulum akan dilaksanakan pada 7hb Februari 2011 untuk membincangkan tentang PCG matapelajaran
10.  Guru panitia diingatkan supaya membeli buku kerja dengan segera bagi membolehkan pelajar membuatnya pada waktu relief.
11.  Guru-guru yang membuat aktiviti pada hujung minggu diminta untuk memaklumkan kepada pengetua dengan meminta tandatangan pengetua
12.  Kursus kepimpinan Pelajar akan dibuat pada 11 – 12 Februari 2011. Agihan tugas akan diberi oleh Pn. Siti Suria
13.  Program Mentor-Mentee akan bermula selepas cuti tahun baru cina. Perjumpaan kali pertama adalah pada 11 Februari 2011. Pembahagian mentee dan modul akan diberi oleh kaunselor selepas cuti.



Disediakan oleh:                                                                     Disahkan oleh:

.....................................                                                           ..........................................    
(                                               )                                               (En. Mohd Jamil bin Othman)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates