r April di SMAN ~ Sek Men Agama Nilai

Saturday, April 16, 2011

April di SMAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum.

Bulan April ini sangat sibuk dan padat dengan aktiviti di sekolah. Alhamdulillah. Pesta Pantun Peringkat Daerah Seremban 1 yang dikelolakan oleh SMAN telah selamat berjalan dengan jayanya. Ianya merupakan satu kebanggaan bagi pihak sekolah kerana sekolah kami yang kecil dan serba kekurangan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain masih mampu menjayakan pertandingan yang besar ini. Tahniah buat semua warga SMAN dan syukur ke hadrat Ilahi di atas pertolongan-Nya. Beberapa pertandingan peringkat daerah juga telah disertai oleh pelajar-pelajar SMAN seperti Badminton, Bola Jaring dan sebagainya.

Pada 15 April 2011 juga telah dijalankan program ‘Mughomarah Lughowiyah (Explore Race)’. Hasil kerjasama guru-guru praktikal USIM dan UPSI dengan Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Panitia Geografi. Turut membantu guru-guru praktikal UPM dan guru-guru SMAN sendiri. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana Allah S.W.T sentiasa membantu dan merahmati usaha kami dalam menjayakan program ini walaupun terdapat pelbagai kesulitan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang merangkanya. Semoga para peserta yang terlibat mendapat dan mempelajari sesuatu daripada program ‘Mughomarah Lughowiyyah’ ini.

Selain itu, ‘English Workshop’ juga telah dijalankan di SMAN pada hari yang sama, 15 April 2011. Satu bengkel yang sangat menarik dan bermanfaat buat pelajar-pelajar SMAN. Peluang untuk berinteraksi dan mempelajari ilmu baru dari dua orang guru (native speaker) daripada Nilai International School merupakan satu peluang keemasan. Terima kasih kepada pihak PIBG yang sering perihatin kepada kehendak pelajar SMAN.

Aktiviti seterusnya pula ialah Pertanding Choral Speaking Peringkat Daerah Seremban 1 yang akan diadakan di SMK Mantin pada 20 April 2011. Masa agak suntuk untuk menjalankan latihan tetapi saya yakin para pelajar saya mampu melakukannya. Insha Allah. Allah S.W.T akan sentiasa bersama dan membantu kita semua.

30 April 2011 pula merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2010. Banyak perkara yang perlu dirancangkan. Insha Allah guru-guru SMAN mampu menjayakan hari anugerah ini seperti tahun-tahun yang sudah.

Semoga Allah S.W.T akan sentiasa merahmati usaha pihak SMAN hendaknya.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates