r 2011 ~ Sek Men Agama Nilai

Friday, October 14, 2011

Permohonan Masuk Tingkatan 1

Saturday, July 9, 2011

Program Bulan Kecergasan KPM 2011

9 Julai 2011 (Sabtu)  Unit Kokurikulum SMAN telah berjaya melancarkan program Bulan Kecergasan KPM 2011 .


Majlis dilancarkan oleh GPK1, Pn Rashidah binti Jailani.


Kem Ibadat 2011

8-9 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu) Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru SMAN telah bersatu padu menjayakan program Kem Ibadat 2011. Antara penceramah jemputan adalah Imam Muda Aran dengan tajuk "Isra' dan Mikraj".
Para pelajar beria-ia mendapatkan tandatangan IM Aran.
Pn Suriyani pula beria-ia bergaya di sebelahnya.... :)

Friday, July 8, 2011

Larian 1M 1S

2.7.2011 (Sabtu) Suatu larian 1M 1S telah dilaksanakan pada hari tersebut. Jam 7.45 pagi telah dimulakan larian.

Thursday, May 26, 2011

Hari Guru 2011

16.05.2011 (Isnin) Sambutan Hari Guru telah berjalan dengan lancar. Sesi pagi telah dilangsungkan dengan permainan bowling kampung dan isi air dalam botol. Dan selepas pukul 10 pagi sambutan nyanyian "Hari Guru" dan "aku menjadi lilin" oleh para guru dan persembahan pelajar dilaksanakan.

Monday, May 9, 2011

Gotong Royong Perdana

5.5.2011 (Sabtu) Gotong-royong perdana telah diadakan di bawah anjuran PIBG. Bermula jam 8:30 - 10:30.



Majlis Anugerah Cemerlang

30.4.2011 (Sabtu) Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan dengan jayanya. Segala persiapan berjalan lancar. Alhamdulillah...

Thursday, April 28, 2011

Ceramah Ust Najib

28.4.2011 (Khamis)  Hari ini merupakan majlis perpisahan Ust Najib sbg pelatih USIM yang memilih sekolah sebagai bidang dakwah. Sedap ceramah yang disampaikan oleh ust Najib. Masing-masing khusyuk dan tawadduk mendengar apa yang disyarahkan. Cerita-cerita tentang malaikat. Cerita-cerita tentang umat manusia akhir zaman. Cerita tentang bidadari. Ah! seronok sekali mendengarnya. Kalaulah Ust. Najib menjadi guru, mesti seronok anak muridnya nanti.


Terimalah cenderhati dari pihak sekolah . Ust Najib sedang memberi ceramahnya....                         

Sepak Takraw - Tempat ke-tiga

27.4.2011 (Rabu) Pertandingan sepak takraw peringkat MSSD Seremban 1 bawah 15 tahun sekolah kita mendapat tempat ke-tiga. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing takraw- Ust. Nabawi dan Cikgu Wook@Shahira. Majulah sukan untuk negara.

Wednesday, April 27, 2011

Latihan Pertahanan Diri

27.4.2011 (Rabu)  Hari ini adalah latihan pertahanan diri. Pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 ke USIM atas tiket lawatan ke Fakulti PQS. Terdapat pelajar yang membuat latihan kawad kaki untuk persediaan hari esok. Untuk makluman semua, esok hari merupakan pertandingan kawad kaki NGO.

Baki pelajar yang lain membuat latihan pertahanan diri iaitu Taekwan-do. Pelajar-pelajar kelihatan bersungguh membuat latihan tersebut.

SUMUR

23.4.2011 (Jumaat)  Program Sumur telah dilaksanakan buat kali pertamanya. Pelajar-pelajar diagihkan kepada guru-guru (Murabbi). Topik pertama yang disentuh adalah hormat-menghormati. Semoga perlaksanaan SUMUR ini mencapai target yang diimpikan.

Ust Najah dengan ahli usrahnya.

Thursday, April 21, 2011

Choral Speaking 2011

20.4.2011 (Rabu) Pertandingan choral speaking telah dilaksanakan dengan jayanya di SMK Mantin di bawah bimbingan Cik Nadiah dan Pn Azlina. Walau tidak berjaya mendapat tempat, mereka menunjukkan kesungguhan dalam pertandingan tersebut.





Bengkel Matematik 1

20.4.2010 (Rabu) Panitia Matematik telah menganjurkan bengkel Matematik kali pertama untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pada jam 2.30 hingga 4.30. Diucapkan terima kasih kepada Pn Aini kerana memberi tip-tip yang penting untuk mereka.
Pn Aini Haziah binti Amirullah merupakan guru cemerlang dari SASER.

Wednesday, April 20, 2011

Kempen Anti Dadah

18.4.2011 (Isnin) - Perasmian minggu Anti Dadah telah dilangsungkan pada perhimpunan pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Basharudin, Pengarah AADK Negeri Sembilan.


.
Pelajar-pelajar dan guru dialu-alukan ke sudut anti-dadah di bawah tangga.


Sudut bacaan anti-dadah



Barisan guru-guru SMAN yang berkaki lebar (Berkaliber)

Tuesday, April 19, 2011

Eksplorasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

Eksplorasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah berlangsung pada hari Jumaat (15 April 2011) di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab dan Panitia Bahasa Inggeris. Program telah dilaksanakan dengan jayanya atas pengurusan Cik Nadiah Binti Mohd Abdah dan guru praktikal dari USIM. Juga tidak dilupakan kepada urusetia, guru-guru yang menjadi mercu tanda eksplorasi.

Saturday, April 16, 2011

April di SMAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum.

Bulan April ini sangat sibuk dan padat dengan aktiviti di sekolah. Alhamdulillah. Pesta Pantun Peringkat Daerah Seremban 1 yang dikelolakan oleh SMAN telah selamat berjalan dengan jayanya. Ianya merupakan satu kebanggaan bagi pihak sekolah kerana sekolah kami yang kecil dan serba kekurangan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain masih mampu menjayakan pertandingan yang besar ini. Tahniah buat semua warga SMAN dan syukur ke hadrat Ilahi di atas pertolongan-Nya. Beberapa pertandingan peringkat daerah juga telah disertai oleh pelajar-pelajar SMAN seperti Badminton, Bola Jaring dan sebagainya.

Pada 15 April 2011 juga telah dijalankan program ‘Mughomarah Lughowiyah (Explore Race)’. Hasil kerjasama guru-guru praktikal USIM dan UPSI dengan Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Panitia Geografi. Turut membantu guru-guru praktikal UPM dan guru-guru SMAN sendiri. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana Allah S.W.T sentiasa membantu dan merahmati usaha kami dalam menjayakan program ini walaupun terdapat pelbagai kesulitan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang merangkanya. Semoga para peserta yang terlibat mendapat dan mempelajari sesuatu daripada program ‘Mughomarah Lughowiyyah’ ini.

Selain itu, ‘English Workshop’ juga telah dijalankan di SMAN pada hari yang sama, 15 April 2011. Satu bengkel yang sangat menarik dan bermanfaat buat pelajar-pelajar SMAN. Peluang untuk berinteraksi dan mempelajari ilmu baru dari dua orang guru (native speaker) daripada Nilai International School merupakan satu peluang keemasan. Terima kasih kepada pihak PIBG yang sering perihatin kepada kehendak pelajar SMAN.

Aktiviti seterusnya pula ialah Pertanding Choral Speaking Peringkat Daerah Seremban 1 yang akan diadakan di SMK Mantin pada 20 April 2011. Masa agak suntuk untuk menjalankan latihan tetapi saya yakin para pelajar saya mampu melakukannya. Insha Allah. Allah S.W.T akan sentiasa bersama dan membantu kita semua.

30 April 2011 pula merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2010. Banyak perkara yang perlu dirancangkan. Insha Allah guru-guru SMAN mampu menjayakan hari anugerah ini seperti tahun-tahun yang sudah.

Semoga Allah S.W.T akan sentiasa merahmati usaha pihak SMAN hendaknya.

Wassalam.

Thursday, April 14, 2011

Tutorial 1 : Carta Organisasi Panitia (Print Screen)

Nota: Letakkan gambar di carta organisasi masing-masing. Sebagai contoh :

Carta organisasi Panitia Matematik


Pengetua
En. Mohamad Jamil Bin Othman

PK1
Pn Rashidah Binti Jailani
Ketua Panitia
Pn Wook @ Shahira Binti Chik
Ahli Panitia


Cik Kharul Adawiah Binti Abdul Jalil  


Pn Siti Aminah Ngan Binti Abdullah 

Pn Siti Khadijah Binti Daud

Sunday, March 27, 2011

LDP blog : Akan datang

Membantu pihak guru membuat entry bagi memudahkan P&P.

Bab 1: Print Screen
Akan dibentangkan oleh Pn Fadhilah....

Bab 2 : Link
Akan dibentangkan oleh En Rashid....

Bab 3 : Upload Video
Akan dibentangkan oleh Cik Nadiah

....

Tuesday, March 8, 2011

Hebahan Terkini drpd JPNS hingga 8.3.2011

Utk SEK: Perutusan Y.Bhg Pengarah Pelajaran N.Sembilan Sempena Sambutan Hari Lahir Anti Dadah Kebangsaan 2011 |Papar:7/3| 

Utk JPN/PPD/SEK: Permohonan Menggunakan Peruntukan OS42000 (Bantuan Sukan & Bantuan Kokurikulum)Bg Pegawai & Guru Pengiring KPM |Papar:7/3|

Utk PPD/SEK: Laporan Perubahan Penukaran Status SM.Teknik Kepada SM.Vokasional 2011 |Papar:7/3| 

Utk SEK: Makluman Mengemaskinikan Laman Sesawang |Papar:7/3| 

Utk SEK: Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Tahun 2011 |Papar:7/3| 

Utk SEK: Taklimat Program Matrikulasi KPM Kepada Guru Kaunseling Sekolah |Papar:7-24/3| 

Utk SEK: Memohon Data Senarai Pelajar Tercicir Bg Tujuan Pelaksanaan Program latihan Dual Nasional (SLDN) Di Bawah(RMK-10) |Papar:7/3| 

Utk SEK: Projek Mendokumentasi Kanak-Kanak Sekolah Melalui Kempen MYDAFTAR |Papar:7/3| 

Utk Sek: Kelulusan Khas Bantuan Kes Kecemasan DiBwh Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) | Surat Siaran | Lampiran C | |Papar:7/3| 

Utk JPN/PPD/SEK: Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Yang Membuat Kenyataan Menyentuh Sensitiviti Kaum & Agama |Papar:4/3| 

Utk SEK: Pertandingan Projek Inovasi Sains & Kejuruteraan Kebangsaan 2011 (Intel-Isef 2011) |Papar:4/3|> 

Utk SEK: Pertandingan Olympiad Matematik Kebangsaan(OMK) 2011 |Papar:4/3| 

Utk PPD/SEK: Surat Siaran Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah & Dalam Daerah Bagi Sesi Jun 2011 Secara Atas Talian (e-Gtukar) |Papar:4/3| 

Utk SEK: Pertandingan Silat Seni dan Olahraga Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Tahun 2011 |Papar:1/3 - 1/4|
 

Utk Sek: Kutipan Data Keciciran Penerima KWAPM Dari eKASIH 2011 Bagi Tahun 1 Tahun 2 dan Tingkatan 1 | Surat Siaran | Maklumat Excel | |Papar:1-14/3|

Sunday, February 20, 2011

e-pigeon : TAKLIMAT PELAKSANAAN KAEDAH CUTI LUPUT DAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

   Ruj. Kami : PPDS/04/02/022 ( 55   )                                                                   
       Tarikh       :            Februari 2011

Pengetua/Guru Besar  SMK/SJK(C)/SJK(T)
Daerah Seremban

Tuan/Puan

TAKLIMAT PELAKSANAAN KAEDAH CUTI LUPUT DAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa bagi tujuan penambahbaikan sistem perkhidmatan di Pejabat Pelajaran Daerah Seremban pentadbiran ini dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia akan mengadakan taklimat berkenaan pada ketetapan seperti berikut:-


Tarikh
:
16 Februari 2011

Masa
:
8.00 pagi – 1.00 ptg
(Sekolah Menengah dan SJK(T)


2.00 ptg – 4.00 ptg
(Sekolah Kebangsaan, dan SJK(C)
Tempat
:
Kamar Perkongsian Pintar
Sekolah Menengah Sri Ampangan


3.         Sukacita dijemput Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 atau Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan cuti bagi sekolah tuan/puan.

4.              Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(MUSA BIN ABDULLAH)
 Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
 Negeri Sembilan Darul Khusus.

s.k:      Penolong Pengarah
            Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
            Sektor Perkhidmatan dan Pembangunan
            Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

e-Pigeon : SENARAI SEMAK KEPERLUAN GURU GANTI YANG BERCUTI DAN AKAN BERCUTI DI SEKOLAH 2011

azrie [azrie@ppdseremban.net]
Wed 02/02/2011 02:27 PM


Kepada Semua Pengetua/Guru Besar,

Sila isikan senarai semak guru yang bercuti atau akan bercuti untuk memudahkan pihak pengurusan membuat semakan dan seterusnya mencari guru GSTT untuk menggantikan guru tersebut. Setiap pengisian adalah untuk seorang guru yang bercuti. Jika terdapat 5 orang guru yang akan bercuti maka tuan hendaklah mengisi 5 kali borang tersebut. kerjasama pihak tuan puan saya dahulukan dengan ucapan sekian terima kasih.

P/s: sila ke alamat ini untuk mengisi borang senarai semak tersebut  http://www.ppdseremban.net/guruganti/form.html

Thursday, February 17, 2011

KEMASKINI EMAIL RASMI

From azrie [azrie@ppdseremban.net]

Salam,

Kepada semua pengetua dan guru besar,

Sila kemaskini email rasmi pihak sekolah masing-masing, bagi yang menggunakan outlook tidak menjadi masalah. Bagi yang tidak menggunakan outlook, sila delete email di dalam akaun sekolah kerana akaun anda sekarang telah pun hampir 100mb, jika akaun anda penuh dan anda tidak delete surat tersebut maka surat baru tidak akan masuk, sila ambil perhatian. Kerjasama pihak tuan puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Tuesday, February 15, 2011

e-Pigeon : Guru Ganti

from azrie [azrie@ppdseremban.net]
Wed 02/02/2011 02:27 PM

Kepada Semua Pengetua/Guru Besar,

Sila isikan senarai semak guru yang bercuti atau akan bercuti untuk memudahkan pihak pengurusan membuat semakan dan seterusnya mencari guru GSTT untuk menggantikan guru tersebut. Setiap pengisian adalah untuk seorang guru yang bercuti. Jika terdapat 5 orang guru yang akan bercuti maka tuan hendaklah mengisi 5 kali borang tersebut. kerjasama pihak tuan puan saya dahulukan dengan ucapan sekian terima kasih.

P/s: sila ke alamat ini untuk mengisi borang senarai semak tersebut  http://www.ppdseremban.net/guruganti/form.html

e-Pigeon : TARIKH PERTANDINGAN UBB DAERAH SEREMBAN 2011

KEPADA SEMUA SMK DAERAH SEREMBAN.

SILA AMBIL MAKLUMAN BAHAWA TARIKH AKTIVITI.

PERKHEMAHAN
(Sila guna tapak perkhemahan di SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng)
(PK KOKO En Radi-019-2210323)
       

Aktiviti
Pengelola
Tarikh akhir daerah
(Tarikh akhir Negeri)
Perkhemahan Pengakap
-SMK Dato Klana Putra ,Lenggeng     -    (S1)
-SMK Panchor                                         -    (S2)
11/04/2011
(14/05/2011)
Perkhemahan Pandu Islam
-SMK Seremban 2                                  -    (S1&S2)
11/04/2011
(12/05/2011)
Perkhemahan Pandu Puteri
-SMK Warisan Puteri                             -     (S1)
-SMK Seri Sendayan                             -    (S2)
11/04/2011
(20/06/2011)
Perkhemahan St John Amb.
-SMK Tunku Ampuan Durah               -    (S1)
-SMK Seri Ampangan                           -    (S2)
09/05/2011
(22/09/2011)
Perkhemahan Integrasi Seni Bela Diri
-SMK Dato Mohd said, Nilai                 -    (S1)
-SMV Ampangan                                   -     (S2)
Akan di maklumkan
Perkhemahan Kadet Polis
-Kadet Polis daerah Seremban          
March / 2011
(19/04/2011)
Perkhemahan KRS
-SMK St Paul                                          -      (S1)
-SMK Senawang 3                                 -     (S2)
31/04/2011
(31/05/2011)


PERTANDINGAN KAWAD KAKI


Karnival Kawad Kaki KRS/GO
-SMK Tunku Ampuan Najihah                 -      (S1)
-SMK Pendeta Zaba                                  -     (S2)
31 /04/2011
(18/05/2011)
Karnival Kawad Kaki NGO
-SMA Datuk Klana Putra Makmor           -     (S1 & S2))
            
31/04/2011
(18/05/2011)


e-Pigeon : BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN PERTANDINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI.

Kepada

Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SM/SK/SJKC/SJKC
Daerah Seremban

BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN PERTANDINGAN  SAINS DAN TEKNOLOGI.

Bersama ini disertakan attachment Borang Pengesahan Penyertaan Pertandingan/Aktiviti Sains, Mathematik Dan Teknologi untuk tindakan tuan.
Borang yang telah dilengkapkan hendahlah dihantar ke Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Daerah Seremban (UP: Pn. Zainab )  dan satu salinan
Kepada PPD Seremban (UP: En. Zaimy ) pada atau sebelum 28 Februari 2011.

Sekian, terima kasih.
Zaimy Bin Haji Mohd Noor,PJK
Pen. PPD  (Kokurikulum )
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

Sunday, February 13, 2011

e-Pigeon : PENGGUNAAN E-PIGEON DAN BLOG KOKURIKULUM.

zaimy [zaimy@ppdseremban.net]
Sun 13/02/2011 03:06 PM

Kepada

Semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SM/SK/ SJKC/ SJKT
Daerah Seremban.

PENGGUNAAN E-PIGEON DAN BLOG KOKURIKULUM.

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Seremban telah melancarkan e-pigeon untuk menyampaikan maklumat dan  hebahan. Oleh itu tuan diminta sentiasa mendapatkan segala hebahan berkenaan perjalanan aktiviti kokurikulum  yang disampaikan terus melalui e-pigeon. 
3. Selain itu, Unit Kokurikulum telah membina Blog Kokurikulum  [kokuppds.blogspot.com] dengan tujuan  khusus  menyampaikan maklumat berkaitan kokurikulum sekolah-sekolah daerah Seremban.  Pautan blog ini boleh dilayari melalui  laman sesawang ppdseremban.net  [ PAUTAN BLOG KOKURIKULUM] atau langsungKe kokuppds.blogspot.com.  Di samping itu tuan boleh turut sama menggunakan media ini untuk berhubung dengan
Pegawai meja dan pengelola pertandingan/aktiviti kokurikulum.

3.  Adalah diharapkan tuan dapat menggunakan sepenuhnya kedua-dua laman ini untuk memastikan program/aktiviti kokurikulum sekolah-sekolah daerah Seremban dapat berjalan dengan lancer dan tiada sekolah/pelajar yang tercicir dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.

Sekian, terima kasih.

t.t

Zaimy Bin Haji Mohd Noor,PJK
Pen. PPD  (Kokurikulum )
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

e-Pigeon : Sekolah kita ada terlibatker?

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar,



Kepada sekolah yang terlibat di dalam senarai pusat mengundi sahaja sila ambil tindakan segera. Senarai sekolah dan juga surat telah di letakkan di attachment. Sila rujuk surat dan senarai sekolah tersebut, bagi yang tidak terlibat abaikan sahaja. Mohon kerjasama pihak tuan puan supaya menghantar maklumat ini dengan kadar segera secara hard copy dan soft copy. Hard copy boleh dimasukkan di dalam pigeon hole En Rohade, jika soft di dalam disket pun boleh diletakkan di dalam pigeon hole En Rohade. Jika sekolah ingin emailkan layout tersebut boleh lah email ke alamat saya di azrie@ppdseremban.net. Maklumat lanjut sila hubungi En Rohade ditalian 013-2178838.

Wednesday, February 9, 2011

e-Pigeon : PERTANDINGAN KAWAD KAKI/PERKHEMAHAN DAERAH SEREMBAN 2011

From : abd rahman bin ahmad [abd_rahman@ppdseremban.net]
sent : Wed 09/02/2011 12:21 PM

1- SEMUA PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAN PERKHEMAHAN.

2- SEMUA AKTIVITI  UBB AKAN BERMULA PADA BULAN AWAL MARCH 2011.

3- TARIKH PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH TELAH BERUBAH.
     Tarikh tersebut telah dimasukkan kedalam e-mail sekolah / sila rujuk rakan-rakan.









1
Perkhemahan Pengakap
SM&SR
01-Jun
14-17 Julai
1-SMK DATO
1-SMK





KLANA PUTRA,
SEREMBAN JAYA





LENGGENG
-(SM)





-(SM)






2-SK SERI KELANA,
2-SK TTJ -1





SEREMBAN
SENAWANG





-(SR)
-(SR)







2
Perkhemahan Puteri Islam
SM&SR
01-Apr
12-14 Mei
1-SMK Sban Jaya 2
1-SMK Sban Jaya 2



















2-SK Labu Bt 10, Labu
2-SK TTJ2





















3
Perkhemahan Pandu Puteri
SM&SR
01-Apr
05-08 Mei
1-SMK Warisan Puteri
1-SMK Seri Sendayan



















2-SKSJKT Convent '
2-SK TTJ





















4
Perkhemahan St. John
SM&SR
01-Jun
20-23 Julai
1- SMK T.A. Durah
1-SMK Seri Ampangan

Ambulance



















5
Perkhemahan Integrasi Seni
SM&SR
01 Ogos
22-25 Sept
Negeri
Negeri

Bela Diri












6
Pertandingan Pencak Silat
SM&SR
Terus ke Negeri
20-Apr
1-SMA SH Mohd Said,
1-SMT Tuanku Jaafar'

(Silat Seni Dan Olahraga)






Sban
Sban














7
1-Karnival Kawad Kaki
SM
31 April
18-19 Mei
1-SMK T.A Najihah,
1-SMK Pendeta Zaba,

KRS/GO



Sban
Sban














8
2-Karnival Kawad Kaki NGO
SM
31 April
18-19 Mei
1-SMK Mantin,
1-SMA Dato'Klana Putra


Mantin



Makmor,Ampangan

9



26-28 Mac 
1-SK Dato Ahmad manaf
1-SK Gadong Jaya,

3- Karnival Kawad Kaki SR



Nilai
Labu
10
Perkhemahan Tunas KRS
SR


Negeri 
Negeri













11
Perkhemahan Kor Kadet
SM
April ( Semua
12-15 Mei
1-sm Sains Seremban
1-SMK Datok Abdul Razak

Polis

Daerah )












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates