Ruj. Kami : PPDS/04/02/022 ( 55 )
Tarikh : Februari 2011
Pengetua/Guru Besar SMK/SJK(C)/SJK(T)
Daerah Seremban
Tuan/Puan
TAKLIMAT PELAKSANAAN KAEDAH CUTI LUPUT DAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa bagi tujuan penambahbaikan sistem perkhidmatan di Pejabat Pelajaran Daerah Seremban pentadbiran ini dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia akan mengadakan taklimat berkenaan pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh | : | 16 Februari 2011 | |
Masa | : | 8.00 pagi – 1.00 ptg | (Sekolah Menengah dan SJK(T) |
2.00 ptg – 4.00 ptg | (Sekolah Kebangsaan, dan SJK(C) | ||
Tempat | : | Kamar Perkongsian Pintar Sekolah Menengah Sri Ampangan |
3. Sukacita dijemput Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 atau Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan cuti bagi sekolah tuan/puan.
4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
(MUSA BIN ABDULLAH)
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
s.k: Penolong Pengarah
Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
Sektor Perkhidmatan dan Pembangunan
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
0 comments:
Post a Comment