r e-Pigeon : PENGGUNAAN E-PIGEON DAN BLOG KOKURIKULUM. ~ Sek Men Agama Nilai

Sunday, February 13, 2011

e-Pigeon : PENGGUNAAN E-PIGEON DAN BLOG KOKURIKULUM.

zaimy [zaimy@ppdseremban.net]
Sun 13/02/2011 03:06 PM

Kepada

Semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SM/SK/ SJKC/ SJKT
Daerah Seremban.

PENGGUNAAN E-PIGEON DAN BLOG KOKURIKULUM.

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Seremban telah melancarkan e-pigeon untuk menyampaikan maklumat dan  hebahan. Oleh itu tuan diminta sentiasa mendapatkan segala hebahan berkenaan perjalanan aktiviti kokurikulum  yang disampaikan terus melalui e-pigeon. 
3. Selain itu, Unit Kokurikulum telah membina Blog Kokurikulum  [kokuppds.blogspot.com] dengan tujuan  khusus  menyampaikan maklumat berkaitan kokurikulum sekolah-sekolah daerah Seremban.  Pautan blog ini boleh dilayari melalui  laman sesawang ppdseremban.net  [ PAUTAN BLOG KOKURIKULUM] atau langsungKe kokuppds.blogspot.com.  Di samping itu tuan boleh turut sama menggunakan media ini untuk berhubung dengan
Pegawai meja dan pengelola pertandingan/aktiviti kokurikulum.

3.  Adalah diharapkan tuan dapat menggunakan sepenuhnya kedua-dua laman ini untuk memastikan program/aktiviti kokurikulum sekolah-sekolah daerah Seremban dapat berjalan dengan lancer dan tiada sekolah/pelajar yang tercicir dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.

Sekian, terima kasih.

t.t

Zaimy Bin Haji Mohd Noor,PJK
Pen. PPD  (Kokurikulum )
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates