r e-Pigeon : Taklimat Pelaksanaan Kaedah Cuti Luput & Ganti Cuti Rehat ~ Sek Men Agama Nilai

Monday, February 7, 2011

e-Pigeon : Taklimat Pelaksanaan Kaedah Cuti Luput & Ganti Cuti Rehat

        PPDSeremban
Ruj. Kami : PPDS/04/02/022(55)                                                                            
Tarikh       :            Februari 2011
Pengetua/Guru Besar
SMK/SJK(C)/SJK(T)
Daerah Seremban

Tuan/Puan

TAKLIMAT PELAKSANAAN KAEDAH CUTI LUPUT DAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa bagi tujuan penambahbaikan sistem perkhidmatan di Pejabat Pelajaran Daerah Seremban pentadbiran ini dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia akan mengadakan taklimat berkenaan pada ketetapan seperti berikut:-


Tarikh
:
16 Februari 2011

Masa
:
8.00 pagi – 1.00 ptg
(Sekolah Menengah dan SJK(T)


2.00 ptg – 4.00 ptg
(Sekolah Kebangsaan, dan SJK(C)
Tempat
:
Kamar Perkongsian Pintar
Sekolah Menengah Sri Ampangan


3.         Sukacita dijemput Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 atau Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan cuti bagi sekolah tuan/puan.

4.              Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(MUSA BIN ABDULLAH)
 Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
 Negeri Sembilan Darul Khusus.

s.k:      Penolong Pengarah
            Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
            Sektor Perkhidmatan dan Pembangunan
            Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates