PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA TAHUN 2011
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan, saya telah diarah untuk menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Melalui surat siaran bil KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20hb Disember 2010 dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan peruntukan untuk latihan dalam perkhidmatan di KPM adalah terhad bagi tahun 2011. (Sila lihat lampiran)
3. Sehubungan dengan itu, langkah alternatif untuk memenuhi keperluan 7 hari kursus setahun selain Kaedah Blended Training Approach (sesi perkongsian ilmu, Executive Talk, program pementoran dan sebagainya yang boleh dikira dengan enam jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) ialah melalui pembacaan buku.
4. Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan adalah mengikut kumpulan kategori pegawai seperti berikut:-
- Pengurusan Tertingi/JUSA – Pembentangan ke atas pembacaan buku (10 -15 min) dan penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan. Sinopsis perlu diedarkan semasa pembentangan.
- Pengurusan & Profesional (Gred 41 – 54) - Penulisan sinposis adalah diwajibkan tanpa pembentangan.
- Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17- 40) - Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan.
- Kumpulan Sokongan 2 ( Gred 16 ke bawah) – Pembentangan ke atas pembacaan buku/pengalaman kerja( 10 -15 min) adalah diwajibkan tanpa penulisan sinopsis buku.
5. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memaklumkan perkara di atas kepada SU LDP sekolah tuan untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
(MUSA BIN ABDULLAH)
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
0 comments:
Post a Comment